Kata-kata keramat itu sudah lama tidak dilaungkan khususnya semasa di SMKA Kuala Lumpur. Hebat dan bertenaga pelajar di sana dengan laungan tersebut. Sudah menjadi satu amalan jika cikgu sebut KATAKAN...... pasti pelajar akan menjawab SYOKNYA SEJARAH...Bestkan kalau semuanya bersemangat untuk belajar sejarah. Di sekolah baru ni masih di sekolah agama, tetapi bukan SMKA, tetapi SABK. Apapun turut teruja untuk berbakti di negeri tumpah darahku. BANYAK sekali pengalaman yang ditimba semasa di Kuala Lumpur khususnya di SMKAKL dan JPN Wilayah Persekutuan. Mudahan segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan pula di sini khususnya di Kuala Kangsar. Amin.